Orang HDR Pantai Sri Tujoh

June 11, 2012 at 1:08 pm

Assalamualaikum bertemu kembali untuk post kali ini, semalam landscape hari ni aku nak citer pasal gambar ni. Kalau gambar orang HDR aku tak shoot bracket sebab orang tak boleh nak stay still apatah lagi part rambut macam gambar atas ni yang di shoot tepi pantai. So kalau shoot bracketing akan ada ghosting pada part-part tertentu.


Cara aku shoot gambar ni dengan external flash on camera bukan strobe, tembak direct jer dengan diffuser biasa lekat kat hujung flash. Power lebih kurang 1/8 or 1/16 dalam mode manual, Aperture F8 – kalau landscape aku pakai F22. Shutter dalam 1/100 dan iso aku up kan ke 200 sebab dah start gelap dah time aku shoot ni. White balance aku pakai auto jer sentiasa untuk semua gambar-gambar HDR aku. Aku shoot program manual dan guna Canon 10-22mm masa shoot ni. Lense ni tak sesuai sangat nak shoot orang tapi malas nak tukar 50mm sebab nak shoot landscape lak lepas tu. Format RAW dan ape lagi yer, itu je la kot. Biasa memang setting ni kalau aku shoot untuk orang HDR.

So, gambar asal dan yang telah di process boleh tengok di bawah ni. Gambar asal shoot sekali macam biasa dan akan di pecah-pecahkan dalam plugin camera raw Photoshop. Kalau shoot jpeg tak boleh guna plugin ni, jadi kalau nak guna plugin ni untuk pecahkan file ni dalam camera raw, kena shoot dalam format raw.
Dah pecah pada 3 exposure berlainan, then baru blend dalam software Photomatix dan seterusnya edit dalam Photoshop. Aku edit style baru yang mana aku try follow photographer ni timtadder .com. Boleh pergi website dia tengok gambar dia yang marverlous tu.