Salam Pengenalan Blog Momoc HDR Photography

June 6, 2012 at 3:41 pm

pantai-cahaya-bulan-momoc-strobist-hdr-photography

Assalamualaikum dan salah sejahtera, dengan lafaz bismillah saya merasmikan blog baru Momoc HDR dengan post pertama hari ni. Tujuan saya buat blog ini kerana saya selalu dapat soalan tentang photo HDR yang saya buat di facebook saya http://facebook.com/momochdr. Ada yang Tanya setting camera, ada yang nak tengok gambar asal sebelum edit, ada yang tanya pakai software apa dan macam-macam lagi. Oleh itu blog ini kandungannya akan bercerita tentang photo-photo HDR yang saya shoot dan proses sendiri dan juga hal-hal yang berkaitan dengan fotografi secara umumnya.

Ini adalah blog kedua saya, yang pertama dalam English. Kalau korang pandai English jangan gelakkan English aku dalam tu ..hehe..tunggang terbalik. http://momoc.sumasu.com . Blog ni aku dah stop dah, buat bahasa melayu la senang. Tapi kalau korang nak baca gak…gi la, gambar-gambar lama aku kat situ. Kalau korang jenis malas nak baca or suka tengok gambar jer. Korang gi sini – http://momochdr.sumasu.com .

Hari ni saya nak memperkenalkan diri saya pada yang tak kenal lagi dan nak kenal. Member-member photog biasa panggil saya ‘Momoc ‘ atau ‘moc’. Ada yang panggil cfu kalau kat Fb walaupun aku tak berkenan sangat orang panggil aku dengan panggilan ‘cfu’.

Nama betul saya Mohd Ameer dan gambar atas tu gambar terbaru saya dan isteri . Saya asal orang Kajang …lahir kajang…membesar di kajang…sekolah kat kajang…sekolah kat kluang ( jadi KluangMan sekejap )..dah kawin…duduk pun kat kajang…senang citer KajangMan lah. Ada sorang anak perempuan nama Nur Qistina – ini model tetap aku hehe. Siapa yang follow gambar-gambar aku sebelum ni rasanya dah kenal la model aku tu.

Ok lah cukup lah citer pasal diri aku, kita berbalik pada HDR fotografi. Sebelum ni aku main kamera, main lebih kurang je. Tak serius sangat dan tak buat langsung pun HDR, lepas tu aku bosan main kamera. Aku tinggalkan kan jap kamera aku, sehinggalah aku jumpa blog mamat orang putih ni : http://www.stuckincustoms.com/


Blog mamat ni la yang merubah hidup kamera aku, sejak itu aku terus concentrate dengan HDR ni. Semua benda aku shoot aku akan HDR kan, tak kira la aper. Nanti post-post akan datang aku upload la gambar HDR yang awal-awal aku buat. So gambar-gambar di blog mamat ni kira jadi rujukan look and feel untuk aku bila proses gambar.

Yang tadi tu kira tempat rujukan untuk HDR Landscape, yang ni pulak rujukan aku bila buat HDR orang. Ramai yang cakap HDR tak sesuai untuk orang, bagi aku tak sesuai sebab tak kena caranya dan keadaaanya. Yang penting kita sesuaikan editing tersebut pada subjek, contohnya kalau kita edit gambar orang tapi flow dan editing ikut landscape punya cara memang tak kena la.

Ok bawah ni tempat rujukan look and feel untuk orang HDR bagi aku:

So cukup lah untuk post pertama ni, kita berjumpa lagi di post yang lain…aku pun dah letih taip ni…hehe

Assalamualaikum…