Standing Buddha Tumpat Kelantan in HDR

June 16, 2012 at 10:36 pm


Salam semua, berjumpa lagi di post yang ke 4 ni, ni gambar kat Kelantan lagi..area tumpat. Kalau datang ke Tumpat untuk fotografi, jangan lupa 3 patung Buddha – berdiri, duduk dan baring. Untuk post yang ni aku tunjuk yang berdiri dulu. Ada 2 gambar dari side yang berlainan boleh tengok di bawha dengan gambar asal dan gambar yang diproses dalam photomatix. Setting aku kalau gambar landscape mesti pakai… Aperture priority F22 atau F16, iso 100 ( tapi gambar ni aku dah terletak iso 200 – lupa tukar ), white balance memang aku sentiasa pakai auto dan Auto bracketing exposure semestinya. Gambar-gambar ni cam biasa lah, blend dalam Photomatix dulu then baru cantikkan dalam Photoshop.





Ni gambar side lain pulak, tempat yang sama dan time ni aku tak tahu nak compose camner, mula-mula ambik satu tak terpikir pun nak buat vertorama, tapi tengok pokok tu separuh macam tak kena pulak, so buat vertorama. Tutorial vertorama boleh tengok kat post yang ni Vertorama Tutorial . Time aku nak buat post ni, aku terjumpa google map tempat buddha berdiri ni, baru aku terperasan tepi tu ada kolam( agaknya la), kalau tak boleh shoot sekali tu. Aku tahu aku tak perasan sebab apa, kat tempat tu banyak anjing, so masa aku shoot tu, ada aku ngan family aku jerk at situ – cuak gak la. Ok lah itu je untuk masa ni, jumpa di post lain Buddha berdiri pulak lepas ni..hehe.