Wat Machimmaram Color and Black and White HDR Photography

June 18, 2012 at 1:47 am


Seperti yang di beritahu pada post sebelum ni, Buddha no 2..duduk pulak…hehe . Nama tempat ni kalau ikut signboard Wat Machimmaram, tak tahu la makna dia aper maybe temple Buddha duduk agaknya. Aku buat 2 version kali ni, satu color dan satu lagi black and white HDR fotografi.

Gambar yang color ni kalu ikutkan dia vertorama tapi aku potong sebab kat jalan tu takde aper pun dan ambik shot pertama ni jauh sikit sebab nak Nampak kan awan kat belakang tu. Aku lambat sikit sebab sebelum tu matahari cantik ROL dia kat awan tuh kalau tak lagi best la gambar ni. Cakap pasal vertorama tadi, aku buat verto.. satu sebabnya aku dapat luruskan tiang pondok 2 worrior kat depan tuh.


Bila aku ambik gambar awan atas tuh, aku kena ceduk sikit, so ada distortion sebab pakai UWA. So dengan cara verto ni dia jadi tegak sikit. Kadang-kadang tak jadi gak verto ni bila sambung gambar-gambar yang ada tiang ni sebab dia sambung lari part distort tu. Untuk lihat gambar asal dan dalam photomatix sila ke bawah ni. Ok lah sambung kat bawah citer pasal B&W hdr pulak.


Untuk yang B&W HDR ni pulak, aku shoot dekat sikit dan aku buat vertorama gak la sebab nakkan awan kat belakang tuh. Antara sebab lai aku buat jadikan B&W sebab orang boring tengok gambar sama tapi dekat jauh je beza so aku buat satu color satu tak color. Then aku buat manipulation sikit part lighthing dia supaya gambar ni nampak impact dia lebih sikit.


Tentang setting sama jer macam aku sebut kat post sebelum ni kalau shoot landscape. Aku ingat lepas ni aku nak letak setting aku kat sidebar belah kanan blog ni supaya orang senang tengok sebab sama jer setting kamera aku, so takyah la aku nak ulang benda yang sama pada setiap post bila citer pasal setting camera aku. Korang kena klik kat menu Home atas tu kalau nak nampak sidebar.